KidsVenture Live Webinar 13 - “Pelan Perniagaan Mini 1”
10 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mei 2026, telah berlangsung KidsVenture Live Webinar 13 bertajuk “Pelan Perniagaan Mini 1” dari pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara membina pelan perniagaan secara ringkas dan teratur.
Peserta diperkenalkan kepada langkah asas merangka idea, menyusun strategi, serta memahami kepentingan perancangan dalam mencapai matlamat. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi menggalakkan kreativiti dan keyakinan diri dalam membentangkan pelan perniagaan.
Program ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih celik perniagaan serta bersedia mengaplikasikan ilmu keusahawanan dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: